Have Your Say!

Them

BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com BannerFans.com

Sunday, January 16, 2011

♥118

Ya Allahu Akbar~

Aku terbaca mengenai dengan kisah cinta yang di post oleh seseorang melalui multiply.com

Ku sadari, walaupun diriku tidak berpunya in other words ' SINGLE MEH ', aku begitu alpa mencintai seseorang yang bernama lelaki. Aku mengakui, diriku seorang yang agak jual mahal. Tetapi hakikatnya, menyukai kembali lelaki tersebut. Apakah kejadahnya diriku mencintai lelaki ini?

Dari sini aku sedar, ianya hanya sia-sia bagi seorang pelajar perempuan seperti ku yang masih ' underage '. Tidak ada makna cinta lelaki dalam hidup seseorang insan yang seumur denganku. Aku juga mula menyedari cinta lelaki ini hanya membuang masa ku yang terluang. Seperti, membazir waktu ku tidak belajar. Di ibaratkan ini semuanya berpunca dari kesosialan diri dalam internet. Aku mula aktif dalam kegiatan sosial sebegini semenjak diri ku mencecah lantai ke sekolah Menengah. Dan berlanjutan sehingga kini.

Memang tidak ada faedahnya aku melibatkan diri ini dalan kegiatan sosial ini. Ini hanyalah untuk keseronokan semata-mata.

Berbalik kepada tajuk, cinta lelaki. Cinta lelaki ini hanya akan wujud kepada yang bernama ' Suami '. Pada usiaku sebegini tidak pantas untuk mendapatkan suami. Aku masih pelajar! Aku harus bertanggungjawab sebagai pelajar untuk belajar juga sebagai harapan keluarga. Sedih kepada diriku, kerana telah terjebak dalam jutaan bisikan syaitan yang menghindari ku daripada melakukan suruhan Allah SWT.

Aku menulis post ini luahan dari hati, maaf pasal in standard language. Just can't get through it with English language cause I'm not a good english write. So yeah.

Lalu, kepada siapakah harus ku berikan cinta ini? Sudah setentunya Cinta kepada Allah SWT. Dari cintanya, kita lebih mendekatkan diri kepadanya. Dari cintanya, kita tidak alpa melakukan perbuatan yang sia-sia. Dari cintanya, kebahagiaan selalu berada di hati ini. Dari cintanya, dia akan selalu menyayangi insan yang juga menyayanginya.

Dari sini, Cinta Allah itu akan kekal selamanya bersemadi di dalam hati ini. Walaupun, diri ini tidak lama berada di dunia. Aku ingin sekali berubah dan kembali ke jalan Allah. Sudah beberapa kali aku membuka hatiku untuk bertaubat. Bisikan syaitan terus-menerus memberikan cinta yang palsu.

Ya Allah, tolonglah hamba mu ini. Aku sedae diriku siapa. Ampunilah segala dosaku, Ampunilah segala dosa kedua orang tuaku, Ampunilah segala dosa ahli-ahli keluargaku dan juga Ampunilah segala dosa-dosa makhluk yang berada di dunia ini. Hampirilah kami kepada dirimu, tunjukkan kami ke jalan yang benar dan hindari kami dari jalan yang sesat..

Selama-lamanya aku akan mencintai dirimu ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang kau berikan. Aku mampu mengatasi nya selain dari kehendak mu yang mana aku tidak dapat membatasinya.

Jadi, aku ketepikan dahulu cinta yang siasia ini. Berpindah ke cinta yang suci, indah iaitu cinta Allah. Walaupun, seberapa dalam cinta ku ini terhadap cinta lelaki, tetapi sedaya upaya ku untuk mengetepikannya..

Cinta lelaki yang datangnya dari Allah SWT. Itulah yang aku mahukan dikemudian hari.

Lapang dadaku meluahkan segala perasaan di hati ini.

Fokus Munirah! Buat segala tanggungjawab ku sebagai hamba Allah dan sebagai seorang pelajar. Ya Aku Mampu! Kita Boleh!!

No comments:

Post a Comment